CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya. tegarnya dirimu syg...merasakan diriku semedikian rupa... menganggap diriku begitu....cinta apa yang dirimu anggap padaku??? adakah cintamu seluas lautan??? ataw dikau hanya menganggap cintaku ibarat air di dalam perigi??? walau apapun anggapan dirimu padaku... pintaku hanya satu... cintailah diriku seikhlas mungkin....jika hari esok tiada lagi buat kita... anggaplah kita telah menangisi segalanya.. berusaha segalanya... jika benar kita tidak akan bersua sayang....anggaplah aku tiada lagi di dunia ini... jika satu hari nanti dirimu tidak dapat lagi mencari aku di mana-mana.... sedekahkanlah Al-Fatihah buat diriku.. kerna hanya itu yang ku mahu dari dirimu selain cintamu yang suci buat diriku yang hina ini.


~~nurul 1059pm(27/5/10)

0 comments:

Post a Comment